Euro 2024: Switzerland kejutkan Itali, mara ke suku akhir

BERLIN, 30 Jun: Jaringan Ruben Vargas membantu Switzerland menewaskan juara bertahan Itali 2-0 dalam pusingan 16 Euro 2024 di Stadium Olympia Berlin pada Sabtu.
Tuduhan rasuah: Polis siasat hantaran Facebook kaitkan Tunku Mahkota Ismail

JOHOR BAHRU, 30 Jun: Polis telah menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung satu hantaran Facebook Kelab Penyokong PAS Malaysia yang mengaitkan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dalam tuduhan rasuah terhadap individu.
FTA EU-Malaysia perlu dihidupkan semula, tumpuan kepada semikonduktor: EU-ABC

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) perlu dihidupkan semula dengan menawarkan prospek kerjasama yang meluas, melebihi daripada aspek pertikaian minyak sawit yang berlarutan, terutama dalam sektor semikonduktor.
Kos penghasilan hidrogen dapat dikurangkan lagi

MIRI, 30 Jun: Kos penghasilan tenaga hidrogen dijangka dapat dikurangkan lagi berbanding 30 kilowatt untuk satu kilogram hidrogen pada masa ini.
EU kecam langkah Israel untuk benarkan lima pos penempatan di Tebing Barat

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Kesatuan Eropah (EU) mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman oleh Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, bahawa lima pos penempatan akan dibenarkan di wilayah Palestin yang diduduki.
PM Anwar sempurnakan Majlis Kemuncak, Penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 petang ini

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyempurnakan Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, petang ini di pekarangan parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil.
Satu blok bangunan lama SK Kampung Muhibbah musnah dalam kebakaran

KUCHING, 30 Jun: Satu blok bangunan lama Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibbah, Jalan Tanjung Bako di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
Lima maut, 20 cedera dalam letupan gudang mercun di Filipina

MANILA, 30 Jun: Satu letupan kuat meranapkan sebuah gudang mercun di Bandar Zamboanga di selatan Filipina pada petang Sabtu, meragut lima nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang, lapor Xinhua.
Lelaki ditahan langgar MPV polis

MELAKA, 30 Jun: Seorang lelaki ditahan selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru pada Jumaat.
Lelaki ditahan menyamar polis, peras ugut warga emas

KOTA BHARU, 30 Jun: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan memeras wang daripada seorang warga emas di Kuala Krai pada Jumaat.