GIATMARA baharu Limbang akan dibina dengan kos RM10 juta

LIMBANG, 30 Jun: Kerajaan terus memperkasakan bidang pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), menerusi pembinaan projek GIATMARA baharu Limbang tidak lama lagi dengan kos RM10 juta.
MOTAC akan gantung lesen syarikat pelancongan terlibat nahas bas terbalik di Genting Highlands

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menggantung sementara lesen agensi pelancongan yang terlibat insiden bas persiaran terbalik di Genting Highlands, sekiranya siasatan mendapati syarikat tersebut gagal mematuhi prosedur operasi standard.
Hamas, Ketua Perisikan Mesir bincang gencatan senjata Gaza

GAZA CITY, 30 Jun: Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, membincangkan gencatan senjata di Gaza dengan Ketua Perisikan Mesir Abbas Kamel menerusi panggilan telefon pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Wai Ching pertahan kejuaraan Larian Menara MBPJ 2024, cipta rekod baharu kejohanan

PETALING JAYA, 30 Jun: Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching sukar digugat selepas mempertahankan gelaran kategori lelaki terbuka Larian Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2024 di sini, hari ini.
Kes tembak di KLIA: Sebutan semula kes Hafizul miliki senjata api 11 Ogos ini

KOTA BHARU, 30 Jun: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 11 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pengurus syarikat agensi pelancongan yang didakwa atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api.
Kemalangan Genting Highlands: Pemandu bas direman empat hari

KUANTAN, 30 Jun: Pemandu bas pesiaran yang terlibat dengan kemalangan yang mengorbankan dua warga China ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands, Bentong semalam direman empat hari.
Kementerian Komunikasi tidak puas hati projek JENDELA fasa 1 di Sabah, Sarawak masih belum siap

KULAI, 30 Jun: Kementerian Komunikasi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kontraktor pelaksana projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang masih gagal menyiapkan projek itu sepenuhnya.
Syarikat penerbangan kedua terbesar Kanada batal 150 penerbangan kerana mogok

VANCOUVER, 30 Jun: WestJet Group, syarikat penerbangan kedua terbesar di Kanada membatalkan 150 penerbangan pada Sabtu akibat mogok oleh jurutera penyelenggaraan pesawatnya, lapor Xinhua.
Sheikh Al-Azhar adakan lawatan rasmi ke Malaysia 2 hingga 5 Julai

PUTRAJAYA, 30 Jun: Ketua Institusi Al-Azhar (Sheikh Al-Azhar), Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama empat hari bermula Selasa ini.
Pasukan bina badan polis Sarawak juara keseluruhan Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Mr Police

KUCHING, 30 Jun: Pasukan bina badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak mencipta nama di peringkat kebangsaan apabila muncul sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Mr Police & Mr Pahang 2024.