MOM tambah baik reka bentuk jaket rasmi kontijen negara – Mohamad Norza

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menambah baik reka bentuk sedia ada bagi melambangkan motif Harimau pada jaket rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala logo MOM dan Jalur Gemilang kembali kepada warna asal.
Beroperasi di Indonesia, sasar mangsa di Malaysia

JAKARTA, 28 Jun: Pihak berkuasa Indonesia menahan 103 warganegara Taiwan yang disyaki menjalankan kegiatan penipuan dalam talian menerusi satu serbuan ke atas sebuah rumah di wilayah Tabanan, Bali, Indonesia pada Rabu lepas.
Palan NADI di Nanga Budu nyungkak tranformasyen digital menua pesisir

SARATOk, 28 June: Penumbuh Palan Tesau Penerang Nasional (NADI) ba Opis Pelilih Mit Nanga Budu siti ari inisiatif ke beguna dikena nyungkak tikas sosioekonomi perayat menua pesisir di Krian enggau Saratok.
Ekonomi Malaysia dijangka capai sasaran pertumbuhan, KDNK berkembang 4.0-4.5 peratus

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Ekonomi Malaysia dijangka mencapai sasaran pertumbuhannya, dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjurkan antara 4.0 peratus dan 4.5 peratus, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
Ringgit berdaya tahan, tidak cermin asas makroekonomi Malaysia yang kukuh – BNM

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM) menyifatkan prestasi ringgit tidak mencerminkan asas-asas makroekonomi Malaysia yang kukuh seperti pertumbuhan keluaran dalam negara kasar memberangsangkan serta penyederhanaan inflasi.
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 – BNM

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$113.59 bilion (US$1=RM4.72) setakat akhir Mei 2024 manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$5.0 juta, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera

KLUANG, 28 Jun: Sebuah pesawat M81-11 (Agusta L109H) melakukan pendaratan cemas di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 881 PUTD) Kem Mahkota di sini, pada pukul 1.35 pagi tadi.
4,612 unit rumah kuarters PDRM siap ditambah baik – KPN

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Sejumlah 4,612 unit rumah kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara siap ditambah baik setakat ini sejak peruntukan disalur tahun lepas, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beberapa jalan ditutup sempena Sarawak Harmony Walk

KUCHING, 28 Jun: Beberapa jalan di bandar raya ini akan ditutup dan dilencongkan bagi memberi laluan kepada program Sarawak Harmony Walk 2024 yang akan berlangsung pada Sabtu ini (29 Jun) di Padang Merdeka di sini.
Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak beri khidmat lebih berkualiti

KUCHING, 28 Jun: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah menyambut baik cadangan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di Sarawak.