TYT Sarawak, isteri serikan Majlis Rumah Terbuka Gawai hari ini

KUCHING, 1 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyerikan Majlis Rumah Terbuka Gawai anjuran pemimpin Dayak Sarawak hari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.
Enjin lori masih hidup, pemandu tiada di lokasi

KUCHING, 1 Jun: Sepasukan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menunggu pemandu lori yang penuh muatan rokok dipercayai diseludup hampir satu jam, namun tiada sesiapa yang muncul di lokasi serbuan.
Polis buru lelaki buang kucing ke dalam parit hingga mati

GEORGE TOWN, 1 Jun: Polis sedang memburu seorang suspek yang membuang seekor kucing ke dalam parit sehingga mati di Kota Giam, Jelutong di sini semalam.
3 maut, 25 cedera dalam letupan garaj di timur China

NANCHANG, China, 1 Jun: Tiga orang terbunuh dan 25 yang lain cedera dalam letupan sebuah garaj di Wilayah Jiangxi timur China pada petang Jumaat, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Polis tahan ibu bapa Zayn Rayyan

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Polis menahan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.
Pindaan akta lebih tegas, heret pemaju projek rumah terbengkalai ke mahkamah – Nga

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) yang bakal dipinda bukan sahaja akan mengheret pemaju yang terlibat dalam kes penipuan atau projek terbengkalai ke mahkamah, malah melarang mereka daripada meninggalkan negara.
Fadillah ucap Selamat Hari Gawai

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Jumaat mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya di Sarawak dan di mana sahaja mereka meraikan perayaan itu.
Pendidikan eratkan hubungan Malaysia-China – Anthony Loke

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Bidang pendidikan merupakan jambatan yang mengeratkan hubungan Malaysia-China dengan tumpuan utama pada masa ini terarah kepada teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.