Google labur RM9.4 bilion di Malaysia, sokong lebih RM15.04 bilion dalam impak ekonomi positif

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Syarikat gergasi teknologi, Google akan melabur US$2 bilion (RM9.4 bilion) di Malaysia, merangkumi pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan, di peringkat tempatan mahupun global serta program literasi kecerdasan buatan (Al) untuk pelajar dan pendidik di negara ini.