Program JBPM Sarawak jadi penanda aras di Putrajaya – Khirudin

KUCHING, 30 Mei: Program dan aktiviti anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bakal menjadi penanda aras serta dilaksana di Putrajaya susulan ia mendapat perhatian dan boleh diguna pakai di peringkat kebangsaan serta seluruh Malaysia.
Pelaburan RM9.4 bilion Google beri nilai tambah untuk guru dan murid

PUTRAJAYA, 30 Mei: Pelaburan Google berjumlah US$2 bilion (RM9.4 bilion) akan memberikan nilai tambah kepada usaha mempertingkatkan program celik kecerdasan buatan (AI) bagi manfaat murid dan guru, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
Abang Johari kongsi tentang industri hidrogen menerusi APGH 2024

KUCHING, 30 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput menyampaikan ucaptama berkaitan bidang ekonomi hidrogen hijau dan berkongsi perancangan industri hidrogen di Sarawak pada Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024.
Perjumpaan dengan Meta di Singapura Jun ini bincang komitmen tangkis berita palsu – Fahmi

PUTRAJAYA, 30 Mei: Perjumpaan Kementerian Komunikasi dengan Meta Platforms Inc (Meta) dan penyedia platform media sosial lain yang dijadualkan di Singapura pada bulan depan antaranya akan membincangkan komitmen kerajaan MADANI dalam menangkis kandungan palsu dan penyebaran berita tidak benar.
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu untuk tempoh tiga tahun sehingga Disember 2026.
Isu kelewatan projek bina Jalan Batang Sadong – Sebuyau diatasi segera

SEBUYAU, 30 Mei: Isu kelewatan projek pelaksanaan Jalan Batang Sadong ke Sebuyau akan diatasi segera, kata Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo.
Tiada bukti sabotaj dalam nahas helikopter Presiden Iran

TEHRAN, 30 Mei: Penyiasat tentera Iran tidak menemukan bukti mengenai sebarang letupan yang disebabkan oleh sabotaj atau serangan siber dalam nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya bulan ini.
Bekas pengacara Majalah 3 meninggal dunia

IPOH, 30 Mei: Bekas pengacara rancangan dokumentari Majalah 3, Abdullah Sidek Majin meninggal dunia di Hospital Slim River, Muallim kira-kira 11 malam tadi.
Faktor utama nahas berpunca daripada helikopter Fennec tersasar, masuk laluan helikopter AW139

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Lembaga Siasatan mendapati faktor utama yang menyebabkan nahas membabitkan dua helikopter sehingga mengorbankan 10 pegawai dan anggota tentera pada 23 April lepas adalah disebabkan helikopter Fennec terbabit tidak berada pada ketinggian serta haluan ditetapkan, dan memasuki laluan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).
Kapal pemasangan kabel dikecualikan dasar kabotaj bermula 1 Jun

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Semua kapal pemasangan kabel yang terlibat dalam pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan kabel telekomunikasi bawah laut yang mendarat di mana-mana pusat pendaratan kabel bawah laut di perairan Malaysia dikecualikan daripada dasar kabotaj bermula 1 Jun ini.