KBS akan rancakkan program Rakan Muda di setiap daerah

MELAKA, 25 Mei: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan merancakkan pelaksanaan program Rakan Muda di semua daerah dalam usaha memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional menerusi penganjuran program dan aktiviti khusus untuk belia dan anak muda.
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil

MELAKA, 25 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak mahu memperkenal intrumen percukaian baharu sebaliknya melakukan penyasaran subsidi lebih adil dan menepati keperluan rakyat.
Produk pelancongan di Lubok Antu berpotensi tarik minat pelancong – Uggah

ENGKELILI, 25 Mei: Produk pelancongan di kawasan Lubok Antu berpotensi menarik kedatangan lebih ramai pelancong sejurus Lapangan Terbang Spaoh siap dibina kelak, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Jalan raya hubungkan Dalat ke Sibu bakal dibina – Abang Johari

MUKAH, 25 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan sebuah jalan raya baharu yang akan menghubungkan Daerah Dalat ke Bahagian Sibu akan dibina.
Norza letak jawatan selepas Olimpik, Subramaniam dinamakan pemangku Presiden

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Tan Sri Mohamad Norza Zakaria hari ini mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semasa Mesyuarat Majlis akan datang dijangka pada 24 Ogos, hanya dua minggu selepas Sukan Olimpik Paris 2024 dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
Persidangan ASEAN 2025: Lebih 1,000 delegasi luar negara berkampung di Kuching

MUKAH, 25 Mei: Lebih 1,000 delegasi dari luar negara akan berkampung di Bandaraya Kuching pada Persidangan ASEAN tahun 2025, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Hasrat status Engkelili sebagai daerah penuh akan disampaikan kepada Premier Sarawak – Uggah

ENGKELILI, 25 Mei: Permohonan berhubung menaik taraf status Engkelili kepada daerah penuh akan disampaikan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Dalat deka disambungka enggau Sibu – Abang Johari

MUKAH, 25 Mei: Pelilih Dalat ditu deka disambungka enggau Sibu, ku Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Hotel Butik Dalat akan mula dibina pertengahan 2025

MUKAH, 25 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek pembinaan Hotel Butik Dalat di sini, hari ini.
Kerajaan pertimbang pembinaan kolam renang di Dalat – Abang Johari

MUKAH, 25 Mei: Cadangan bagi membina kolam renang sebagai tempat beriadah baharu di sini akan dipertimbangkan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.