JAKIM perlu lebih agresif terap nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat

KUANTAN, 24 Mei: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu memainkan peranan lebih agresif untuk menerapkan nilai-nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat kerana ia merupakan jalan yang terbaik bagi membangunkan Malaysia MADANI, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.