Malaysia, Indonesia bersedia bantu bina semula infrastruktur air Palestin yang rosak – TPM Fadillah

JAKARTA, 22 Mei: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk bekerjasama membina semula infrastruktur air di Palestin yang rosak akibat serangan Israel, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak

KUCHING, 22 Mei: Ratusan penganut agama Buddha di sini hari ini meraikan sambutan Hari Wesak bagi memperingati kelahiran, pencerahan agung serta kematian pengasas agama itu, Siddharta Gautama.
Sambutan Minggu Perpaduan sasar kehadiran 200,000 pengunjung

PUTRAJAYA, 22 Mei: Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung selama empat hari bermula esok di Angsana Johor Bahru Mall, Johor menyasarkan kehadiran kira-kira 200,000 pengunjung.
SQ321: 131 penumpang, 12 kru tiba di Singapura menerusi penerbangan gantian

SINGAPURA, 22 Mei: Seramai 131 penumpang dan 12 kru pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ321 yang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi petang Selasa, tiba di Singapura dengan penerbangan gantian pada 5.05 pagi Rabu.
Penyasaran subsidi diesel perkukuh fiskal kerajaan, tingkat peruntukan sumber

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang dijangka membawa penjimatan kira-kira RM4 bilion setahun kepada kerajaan akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan fiskal negara dan meningkatkan peruntukan sumber selain mengurangkan penggunaan bahan api fosil serta jejak karbon.
Pertandingan Kumang Gawai jana pendapatan usahawan

MIRI, 22 Mei: Pertandingan Kumang Gawai bukan sahaja mempamerkan tradisi dan budaya masyarakat Dayak malah ia juga menjadi sumber pendapatan kepada usahawan di kalangan masyarakat itu.
15 wanita warga asing ditahan di pusat hiburan

GEORGE TOWN, 22 Mei: Seramai 15 wanita warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini selepas dipercayai melakukan pelbagai kesalahan awal pagi tadi.
Abang Johari menghadiri taklimat projek Sarawak New Energy Hub dan H2biscus di Seoul

SEOUL, 22 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan agenda lawatan ke Korea Selatan dengan menghadiri sesi taklimat mengenai projek Sarawak New Energy Hub dan H2biscus oleh pelabur-pelabur Korea Selatan di Hotel Lotte di sini, hari ini.
HAWANA 2024: Pendedahan awal literasi digital lahirkan pengguna media sosial bertanggungjawab

KUALA TERENGGANU, 22 Mei: Pendedahan awal mengenai literasi digital yang menekankan adab dan etika penggunaan media sosial wajar dilaksanakan bermula dari peringkat sekolah bagi melahirkan pengguna media sosial yang bertanggungjawab.
Lembaga Tabung Haji tanggung SAR30 juta kos makanan sepanjang musim haji

MEKAH, 22 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan SAR30 juta bagi menampung penyediaan makanan kepada 31,600 jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji 1445H/2024M.