KPDN rampas 153 cermin hadapan kenderaan disyaki tiruan

PUTRAJAYA, 14 Mei: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 153 cermin hadapan kenderaan disyaki tiruan menerusi serbuan ke atas empat premis di Petaling Jaya dan Kepong pada 9 Mei lepas.

Zon Maritim Miri tahan bot tunda bersama lapan kru

MIRI, 14 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah menahan sebuah bot tunda beserta tongkang pada kedudukan 4.9 batu nautika barat laut Kuala Baram kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952/60 iaitu gagal mengemukakan surat pertukaran nakhoda semasa diperiksa awal pagi semalam.