Malaysia kecam sekeras – kerasnya serangan terkini Israel ke atas Rafah

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang terkini ke atas Rafah di Gaza pada Isnin (6 Mei) yang menyebabkan 19 orang terbunuh, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Palestin.
Polis mulakan siasatan kes khianat babitkan pemain JDT

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Polis mengesahkan telah menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian khianat dengan cara memecahkan cermin kereta pemain bola sepak kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim malam tadi.
Petugas haji tunai solat hajat, mohon kelancaran tugas

MADINAH, 8 Mei: Petugas idaman Tabung Haji (TH) malam tadi berkesempatan menunaikan solat hajat bagi memohon kelancaran tugas sepanjang operasi musim haji 1445H/2024.
Sokongan emosi dari keluarga diperlukan oleh jemaah haji

MADINAH, 8 Mei: Jemaah haji terdedah dengan masalah gangguan emosi ketika mereka melaksanakan ibadah rukun Islam kelima itu, kata Ketua Unit Kaunseling Sektor Madinah, Syazrina Maria Talib.
Kastam rampas rokok dan bir seludup dianggarkan RM2.3 juta

KUCHING, 8 Mei: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas rokok dan bir yang disyaki tidak berkastam dan dianggarkan bernilai RM2,310,450.00 termasuk duti dan cukai di Saratok.
Penunggang motosikal maut langgar besi jatuh dari lori

TAIPING, 7 Mei: Seorang lelaki terkorban selepas motosikal ditungganginya terlanggar besi yang terjatuh dari sebuah lori di Kilometer 207.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini pagi semalam.
Pelajar Universiti Belgium protes konflik di Gaza

BRUSSELS, 8 Mei: Pelajar Free University of Brussels di Belgium pada Selasa menyertai protes di seluruh dunia membantah serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh dan kembali teruskan perjuangan bola sepak

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan tonggak skuad Harimau Malaya Faisal Halim dikurniakan afiyah segera dan dapat kembali meneruskan perjuangan dalam sukan bola sepak.
Aktiviti ketenteraan Israel di Rafah mimpi ngeri kemanusiaan – Ketua PBB

HAMILTON (Kanada), 8 Mei: Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan menyifatkannya sebagai “kesilapan strategik, malapetaka politik, dan mimpi ngeri kemanusiaan”.
Safiq Rahim pemain bola sepak terbaharu jadi mangsa serangan

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim membuat laporan polis selepas mendakwa diserang dua lelaki bermotosikal di Johor Bahru, malam tadi.