Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$ 20,000 perlu lakukan pengisytiharan dalam talian

SINGAPURA, 20 April: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih S$20,000 atau bersamaan dalam mata wang asing, perlu menghantar pengisytiharan yang dikehendaki secara elektronik berkuat kuasa dari 13 Mei ini.