Nur Eilisha Rania tidak beraya lagi kali ini

KUALA LUMPUR, 19 April: Jika tahun lepas penerjun muda Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj terpaksa melupakan sambutan Aidilfitri kerana sibuk dengan persiapan Sukan SEA di Kemboja, namun tahun ini beliau sekali lagi terpaksa melupakan kemeriahan lebaran susulan kehilangan nenek tercinta pada 7 Feb lepas.
Program Nupi Chapi di Betong deka terus dikerembai

KUCHING, 19 April: Program Nupi Chapi di bagi menua Betong deka dikerembai ba baruh Ejensi Pemansang Bagi Menua Betong (BDDA).
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun

KUALA LUMPUR, 19 April: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Hantaran Facebook berbaur fitnah terhadap Premier Sarawak, satu laporan polis dibuat di Sibu

SIBU, 19 April: Satu laporan polis dibuat susulan tindakan pemilik akaun Facebook bernama ‘Charles Roger Francis yang membuat hantaran berbaur fitnah terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan dua pemimpin kanan Sarawak di sini, pada Khamis.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai

KOTA KINABALU, 19 April: Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah sehingga kini dalam usaha memberikan prasarana pendidikan terbaik terutama untuk anak-anak di negeri ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Perkembangan inisiatif tambah baik utiliti di Sarawak dibentangkan di DUN Mei ini

KUCHING, 19 April: Perkembangan terkini inisiatif Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dalam menambah baik dan meningkatkan kualiti berkaitan empat bidang utiliti akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 6 Mei ini.
Abang Johari kunjungi dua Rumah Terbuka Aidilfitri

KUCHING, 19 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengimarahkan Syawal kesembilan dengan berkunjung ke dua Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di sini, malam tadi.
Inisiatif Sarawak tangani perubahan iklim diiktiraf Eropah

KUCHING, 19 April: Kaedah pengendalian perubahan iklim di Sarawak mendapat pengiktirafan daripada negara-negara Eropah sehingga Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg diundang berucap sebagai ahli panel forum di Poland pada 24 April.
Awan debu susulan letusan Gunung Ruang, kerajaan Sarawak tunggu saranan pakar

KUCHING, 19 April: Kerajaan Sarawak menunggu perkembangan lanjut dan saranan pakar berhubung ramalan awan debu memasuki ruang udara negeri ini susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia.