Gagal patuhi lampu isyarat, pembonceng dan penunggang motosikal maut

IPOH, 17 April: Penunggang dan pembonceng sebuah motosikal menemui ajal kerana tidak mematuhi lampu isyarat menyebabkan motosikal dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah di sini semalam.

Sarawak sertai IMEX 2024 di Frankfurt, pada 14-16 Mei depan

KUCHING, 17 April: Sarawak Pavilion bakal kembali di IMEX Frankfurt, Jerman, dari 14 hingga 16 Mei 2024 bagi mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi antarabangsa untuk legasi, kepimpinan pemikiran dan inovasi di rantau ASEAN.

Jumlah penumpang HSR Jakarta-Bandung 6 bulan operasi cecah 2.56 juta orang

JAKARTA, 17 April: Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang telah beroperasi selama enam bulan pada Rabu merekodkan 2.56 juta penumpang, kata PT Kereta Cepat Indonesia-China (KCIC), sebuah konsortium usaha sama antara firma Indonesia dan China yang membina dan mengendalikan HSR, lapor Xinhua.