Joe Ee mungkin beraksi disiplin gelung di Tashkent

KUALA LUMPUR, 14 April: Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Ng Joe Ee berkemungkinan beraksi dalam disiplin gelung pada Kejohanan Gimnastik Berirama ke-15 di Tashkent, Uzbekistan, dari 2 hingga 4 Mei ini.
Prospek lebih baik untuk Bursa Malaysia pada 2024

KUALA LUMPUR, 14 April: Prospek yang lebih baik untuk Bursa Malaysia pada 2024 akan memupuk persekitaran lebih kondusif untuk tawaran awam permulaan (IPO) tahun ini terutamanya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Kerajaan Sarawak bangunkan semula Kampung Datu Lama dengan prasarana moden

SIBU, 14 April: Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu dengan prasarana moden dan mengekalkan ciri-ciri serta budaya asal kampung berkenaan.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas petugas bantuan kemanusiaan di Rafah

PUTRAJAYA, 14 April: Malaysia dengan tegas mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam Tentera Rejim Israel (IOF) pada Jumaat di Rafah, yang secara terang-terangan menyerang dan mencederakan beberapa sukarelawan dan petugas dalam konvoi penghantaran bantuan kemanusiaan, termasuk mereka yang mengendalikan bantuan dari Malaysia melalui Ops Ihsan.
Kejadian tembak di KLIA Terminal 1 bersifat peribadi

PUTRAJAYA, 14 April: Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi, bagaimanapun keadaan terkawal dan selamat.
Projek pembangunan semula Bukit Assek bermula 2026

SIBU, 14 April: Projek pembangunan semula Bukit Assek yang bakal mengubah wajah bandar ini dijadual bermula pada tahun 2026.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye

PUTRAJAYA,14 April: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Abang Johari akan ke Poland, Bangkok kongsi hala tuju tenaga hijau di Sarawak

SIBU, 14 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan ke Poland pada minggu hadapan bagi berkongsi menerusi ucapannya mengenai penerokaan tenaga hijau dari perspektif Sarawak.
Pusat konvensyen dibina berhampiran tebingan Batang Igan di Sibu

SIBU, 14 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sebuah pusat konvensyen akan dibina berhampiran tebingan Batang Igan di sini.