Permintaan Pan Gon sebelum lawan Oman hadir pada masa kurang tepat

KUALA LUMPUR, 2 April: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menepis dakwaan bahawa badan induk itu tidak membantu persediaan skuad Harimau Malaya dalam menghadapi dua aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bertemu Oman, bulan lepas.
Sivasangari takluk Kejohanan Skuasy Klasik London

KUALA LUMPUR, 2 April: Ratu skuasy negara S. Sivasangari melakar sejarah tersendiri selepas muncul juara edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London dengan menyingkirkan pemain ranking kedua dunia Hania El Hammamy dari Mesir di pentas final pada Isnin.
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 bermula 3 April

PUTRAJAYA, 2 April: Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 8.4 juta penerima akan bermula Rabu ini (3 April).
Warga Israel masuk guna pasport Perancis yang sah

KLANG, 2 April: Lelaki warga Israel yang ditahan polis bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang di ibu negara, Rabu lepas masuk ke negara ini menggunakan pasport Perancis yang sah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
APMM terima baki dua OPV dalam tempoh dua tahun

KLANG, 2 April: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijangka menerima baki dua Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.