Ketiadaan pemain tonggak beri impak kepada persiapan skuad B-23

PETALING JAYA, 24 Mac: Pemain tengah skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara Syahir Bashah menyifatkan ketiadaan beberapa tonggak utama memberi impak terhadap persiapan menjelang saingan Piala Asia B-23 di Doha, Qatar.
Semarak Seni Budaya Orang Ulu kongsi cara memasarkan kraf tangan

MIRI, 24 Mac: Seramai 21 orang usahawan kraf tangan menyertai Program Semarak Seni Budaya Orang Ulu 2024 anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).
Sang Saka Biru, berevolusi mengikut zaman, cekal mendepani perubahan

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Tanggal 25 Mac, genaplah 217 tahun usia pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tanah air bertuah ini dan tatkala meniti tempoh berkenaan, pelbagai cabaran suka duka serta pahit getir ditempuhi pasukan Sang Saka Biru dalam memastikan keamanan dan keharmonian negara terus kekal utuh.
Setiausaha Agung PBB: Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri

RAFAH, 24 Mac: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata pada Sabtu bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan, lapor agensi berita Palestin WAFA.
CCUS: Sarawak kukuhkan sokongan teknikal, pembangunan kompetensi dan pusat kecemerlangan

KUCHING, 24 Mac: Tiga perkara perlu diberi penekanan Sarawak dalam membangunkan teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) sejajar dengan inisiatif tenaga bersih.
Kebakaran di tapak pembuangan sampah di Sarikei membimbangkan

SARIKEI, 24 Mac: Insiden pembakaran sampah yang dilakukan dengan sengaja di daerah ini, menunjukkan trend membimbangkan apabila mencatat peningkatan ketara kes sejak tahun lalu.
Bapa, anak perempuan maut dalam kemalangan babitkan MPV dan pacuan empat roda

KOTA KINABALU, 24 Mac: Seorang bapa dan anak perempuannya berusia empat tahun maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda di Jalan Apin-Apin, Keningau, tengah malam tadi.
Terbuka Switzerland: Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon bertembung di final

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Dua beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bakal bertembung sesama sendiri di final selepas menyingkirkan lawan masing-masing di separuh akhir Terbuka Switzerland 2024, awal pagi tadi.
65 penduduk hilang tempat tinggal, 10 rumah terbakar di Kampung Likas

KOTA KINABALU, 24 Mac: Seramai 65 penduduk daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 10 rumah yang didiami mangsa terbakar dalam kejadian di Kampung Likas di sini awal pagi tadi.
AirAsia sedia 22,000 tempat duduk tambang rendah tetap sempena Aidilfitri

LIMBANG, 24 Mac: AirAsia menyediakan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.