Ahli Parlimen, Senator harus beri contoh terbaik jaga sensitiviti 3R

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara harus sentiasa memberi contoh terbaik kepada rakyat dalam menjaga keharmonian perpaduan dan menjaga kesensitifan berkait dengan 3R (bangsa, agama dan institusi Diraja).

CEC Rusia umumkan pemilihan Putin sebagai Presiden Rusia

MOSCOW, 22 Mac: Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Rusia (CEC) telah menerima pakai satu resolusi mengenai keputusan Pilihan Raya Presiden dan mengumumkan bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin dipilih sebagai presiden, lapor Sputnik yang memetik Ketua CEC Ella Pamfilova pada Khamis.

PETRONAS santuni 65 orang golongan asnaf dan kurang berkemampuan di Miri

MIRI, 21 Mac: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menerusi anak syarikatnya, PETRONAS Carigali Sendirian Berhad (PCSB) menyantuni 65 orang golongan asnaf dan kurang berkemampuan dengan memberi duit raya dan baju raya menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Harimau Malaya tekad balas dendam ke atas Oman di Bukit Jalil

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon memberi jaminan bahawa Malaysia akan membalas dendam selepas kalah 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 di Muscat, awal pagi tadi.

Oman beri Harimau Malaya kekalahan pertama

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Malaysia mengalami kekalahan pertama selepas tewas 0-2 kepada pasukan ranking dunia ke-80 Oman pada perlawanan ketiga Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, awal pagi ini.