69 pelarian Rohingya selamat, kapal terbalik di perairan Aceh

ACEH, 21 Mac: Seramai 69 pelarian Rohingya diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wilayah Aceh, Indonesia apabila kapal mereka terbalik di perairan Meulaboh, Aceh hari ini.
Tetap dengan nama bak kut teh bertujuan didik orang ramai maksud sebenar

KUCHING, 21 Mac: Baru-baru ini agak hangat dibahaskan tentang ‘mengapa bak kut teh’ diisytiharkan sebagai makanan warisan negara bersama makanan lain seperti burasak, mi kolok, nasi ambeng, dodol kukus tahi minyak, kuih genggang atau lapis, karas, uthappam, jeruk tuhau dan air katira.
New City menawarkan ruang yang luas dan kondusif bagi penganjuran pelbagai acara

KUCHING, 21 Mac: New City Restaurant & Ballroom di Hotel Theatre menawarkan ruang yang luas dan kondusif sebagai tempat penganjuran pelbagai acara.
Peti besi, jongkong emas milik pempengaruh ditemukan di dasar sungai

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Polis berjaya menemukan semula peti besi yang mengandungi empat jongkong emas milik seorang pempengaruh, yang “disembunyikan” di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor, hasil penahanan empat individu pada 5 Mac lepas.
Kerajaan akan terus pergiat libat urus dengan syarikat korporat galak aliran masuk dana ke pasaran pertukaran asing – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mempergiat libat urus dengan pihak korporat, termasuk pengeksport, pengimport, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) untuk menggalakkan aliran masuk dana ke pasaran pertukaran asing tempatan.
Sedia bimbing wanita Dayak yang ingin terlibat aktif dalam politik – Doris Sophia

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada wanita Dayak yang berhasrat untuk berkecimpung dalam arena politik.
Sarawak perlu diberi kebebasan bangunkan wilayahnya ikut ciri tersendiri – Ahli Parlimen Petaling Jaya

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Sarawak perlu diberi ruang secukupnya untuk membangunkan wilayah itu mengikut ciri-ciri tersendiri.
Dewan Negara: ASEAN perlu bersatu hati henti pencerobohan kapal China

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Negara anggota ASEAN perlu meningkatkan kerjasama bagi menoktahkan pencerobohan Kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Zon Ekonomi Esklusif (ZEE) mereka.
Cuaca panas: Semua jawatankuasa pengurusan bencana bahagian, daerah di Sarawak diarah waspada

KUCHING, 21 Mac: Semua jawatankuasa pengurusan bencana bahagian dan daerah di Sarawak perlu berwaspada sepenuhnya ketika ini selaras dengan keadaan cuaca panas dan kering yang melanda negara, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Parlimen: Sarawak rekod 5,210 permohonan rakyat tanpa pengenalan diri pada 2023

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima 5,210 permohonan rakyat tanpa dokumen pengenalan diri di Sarawak pada tahun lepas.