Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup bernilai RM7.92 juta

BUTTERWORTH, 19 Mac: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas sembilan juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai, dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mac lepas.