Helikopter milik APMM terhempas di Kuala Selangor

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Sebuah helikopter jenis Agustawestlan AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di kawasan perairan berhampiran Pulau Angsa di Kuala Selangor pagi tadi.

Dadah: Dua buruh diberkas di Mukah

MUKAH, 5 Mac : Dua buruh diberkas kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah dalam satu operasi polis di simpang Mateding Jalan Mukah – Balingian, di sini, pada Isnin.

Perdana Menteri baru Shehbaz jemput Anwar lawat Pakistan

NEW DELHI, 5 Mac: Perdana Menteri baru Pakistan Shehbaz Sharif menjemput Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melawat negaranya semasa kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan bilateral yang lebih teguh melalui panggilan telefon.

Mangsa kekal 58 di dua PPS di Serian, Bintulu

KUCHING, 5 Mac: Seramai 58 mangsa banjir daripada 13 keluarga masih berlindungi di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 pagi susulan banjir dan ribut petir yang melanda Sarawak.

MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.