Banjir: Mangsa di Bahagian Kuching meningkat kepada 1,257 orang

KUCHING, 2 Mac: Jumlah mangsa banjir di Kuching, Bau dan Lundu terus mencatatkan peningkatan dengan 1,257 orang daripada 355 keluarga dilaporkan berada di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini berbanding 370 orang daripada 125 keluarga tengah hari tadi.