Lelaki maut dipercayai dipukul selepas kemalangan didapati positif dadah semasa kejadian

PETALING JAYA, 23 Feb: Siasatan awal polis mendapati lelaki berumur 42 tahun yang maut dipercayai akibat dipukul selepas kejadian langgar lari di Semenyih Selasa lepas, positif dadah jenis ganja dan methamphetamin, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Kerajaan akan buat keputusan isu bekalan beras petang ini

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Kerajaan akan membuat keputusan mengenai isu bekalan beras selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) petang ini.
Kerajaan tidak pandang ringan isu penurunan ringgit

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Kerajaan MADANI tidak memandang ringan isu penurunan ringgit, malah mengambil langkah berterusan bagi menanganinya dan seiring usaha memastikan angka pelaburan Malaysia kekal kukuh.
Puting beliung landa Jawa Barat, 552 rumah dan kilang rosak

JAKARTA, 23 Feb: Puting beliung melanda wilayah Sumedang dan Bandung pada petang Rabu menyebabkan 534 rumah dan 18 kilang rosak.
Sekurang-kurangnya empat maut, 20 hilang dalam kebakaran bangunan di Sepanyol

MOSCOW, 23 Feb: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, 14 cedera dan 20 lagi hilang dalam kebakaran sebuah bangunan bertingkat di Valencia, timur Sepanyol, Sputnik memetik laporan media pada Khamis.
Polis selamatkan wanita, kanak-kanak perempuan dipaksa melacur

SHAH ALAM, 23 Feb: Serbuan ke atas sebuah lot kedai berjaya menyelamatkan seorang wanita dan kanak-kanak perempuan yang disyaki dipaksa melacur dalam operasi di Banting, petang semalam.
Anggota bomba dikhuatiri lemas semasa selenggara bot

BUTTERWORTH, 23 Feb: Seorang anggota bomba dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perai semasa melakukan penyelenggaraan bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di Mat Mandin di sini semalam.
Hawana di Kuching dedah wartawan luar tentang pembangunan Sarawak

KUCHING, 23 Feb: Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) yang dijadual diadakan di bandar raya ini pada 25 hingga 27 Mei ini akan memberi pendedahan kepada wartawan dari luar Sarawak tentang pembangunan rancak di Sarawak.
Denggi: Simptom serius boleh bawa maut

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Pengesanan awal denggi, jangkitan virus berpunca daripada virus denggi (DENV), disebarkan kepada manusia menerusi gigitan nyamuk dijangkiti, adalah penting untuk mengelakkan daripada komplikasi yang boleh membawa maut.