KPWKM cadang tubuh satu Anjung Kasih YKN setiap negeri

KOTA BHARU, 19 Feb: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) atau tempat penginapan sementara di setiap negeri, kata Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri.

Penghantar makanan didakwa bakar kereta polis bantuan

PETALING JAYA, 19 Feb: Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar kereta polis bantuan di sebuah Stesen Transit Aliran Massa (MRT), minggu lepas.

Anak tempatan pegang jawatan eksekutif dalam Sime Darby Plantation di Sarawak

KUCHING, 19 Feb: Kira-kira 52 peratus jawatan bertaraf eksekutif dalam Sime Darby Plantation Berhad di negeri ini dipegang warga Sarawak, kata Pengarah Urusan Sime Darby Plantation, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha.

Makanan di Gaza tak mencukupi – Agensi PBB

ISTANBUL, 19 Feb: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Ahad memberi amaran bahawa peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah boleh menjejaskan penghantaran bantuan ke Gaza sekali gus memburukkan lagi penderitaan penduduk Palestin.