Bangkai penyu hijau ditemukan di Pantai Nagalang, Labuan

LABUAN, 18 Feb: Bangkai seekor penyu hijau (Chelonia Mydas) tanpa sirip dan kepala ditemukan di pantai Nagalang berdekatan dengan Restoran Thai Beach, di sini semalam.
Dua lelaki ditahan disyaki terlibat curi barang kemas

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Polis menahan dua lelaki berusia antara 26 hingga 38 tahun kerana disyaki mencuri barang kemas milik seorang wanita di Mesra Villa, Jalan Ikan Emas, Taman Pandan Mesra, di sini minggu lepas.
Jurutera di Sibu lesap hampir RM30,000 terpedaya tawaran kerja sambilan oleh Kathy

SIBU, 18 Feb: Seorang jurutera berputih mata apabila kerugian hampir RM30,000 selepas menjadi mangsa sindiket menawarkan kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud.
Pelajar UiTM Cawangan Sarawak didik penduduk kampung guna bahan terbuang

KOTA SAMARAHAN, 18 Feb: Penggunaan bahan terbuang oleh pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak telah memberikan impak kepada penduduk Samarahan.
Kementerian Kesihatan Indonesia dedah kematian 57 pegawai pilihan raya

JAKARTA, 18 Feb: Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan kematian 57 pegawai pilihan raya setakat Sabtu kerana masalah kesihatan ataupun kemalangan, dengan jumlah kematian tertinggi di Jawa Barat dengan 13 pegawai diikuti Jawa Timur (12), Jawa Tengah (11) dan Jakarta (enam).
Tiga maut serangan peluru berpandu Rusia di Ukraine

KYIV, 18 Feb: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam serangan dron dan peluru berpandu Rusia di timur Ukraine, menurut pemimpin tempatan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Hari ke-135 genosid di Gaza, puluhan lagi terbunuh akibat serangan Israel

GAZA, 18 Feb: Puluhan lagi rakyat Palestin disahkan terbunuh dalam tempoh beberapa jam lepas akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang kini masuk hari ke-135, menurut sumber tempatan dan perubatan.
Malaysia gagal pertahankan kejuaraan Badminton Berpasukan Asia, tumbang kepada China

SHAH ALAM, 18 Feb: Hasrat skuad lelaki negara untuk mempertahankan gelaran Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada skuad China pada aksi final di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
Batik Linut perkenalkan corak tradisional Iban, Bidayuh

KUCHING, 18 Feb: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak sentiasa menyokong usahawan wanita di sini yang mengembangkan warisan wilayah ini menjadi entiti perniagaan yang memanfaatkan masyarakat.
Rumah Panjang Rebah terbakar, 26 penghuni hilang tempat tinggal

SIBU, 18 Feb: Seramai 26 penghuni Rumah Panjang Rebah di Nanga Tutus di sini hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi.