Dua beradik maut, dua cedera parah kemalangan dua kereta

JOHOR BAHRU, 1 Feb: Dua beradik maut manakala dua lagi cedera parah termasuk seorang kanak-kanak lelaki lima tahun dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi ke Penawar berhampiran Felda Air Tawar 3, dekat Kota Tinggi, pagi tadi.