Raja-Raja Melayu berangkat tiba di Istana Negara untuk hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Sultan dan raja-raja Melayu tiba di Istana Negara pagi ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.
Pelajar universiti swasta di Miri rugi RM5,000 jadi mangsa penipuan tawaran kerja di Facebook

MIRI, 31 Jan: Seorang pelajar perempuan di sebuah universiti swasta di sini rugi RM5,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran kerja di Facebook.
Korea Selatan cemas sebelum singkir Arab Saudi menerusi penalti

DOHA, 30 Jan: Korea Selatan melangkah ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023 apabila mengalahkan Arab Saudi 4-2 menerusi penentuan penalti, selepas terikat 1-1 pada aksi pusingan 16 terbaik yang berlanjutan sehingga 120 minit permainan di sini, malam ini (awal pagi waktu Malaysia).
Kanak – kanak lima tahun maut, motosikal masuk parit

IPOH, 31 Jan: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut apabila motosikal dinaiki bersama tiga individu lain terbabas ke dalam parit selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta di Jalan Alor Pongsu, Kampung Matang Jelutong dekat Bagan Serai malam tadi.
Piala Dunia: Skuad hoki 5s Malaysia ke final bertemu Belanda

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara memahat sejarah tersendiri dengan kejayaan melangkah ke pentas final edisi sulung Kejohanan Hoki 5s Piala Dunia 2024 di Muscat, Oman selepas menewaskan Poland 4-3 pada aksi separuh akhir berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.
FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu, naik taraf 40 pasar tani sedia ada

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) menyasarkan untuk membuka 14 pasar tani baharu selain menaik taraf 40 pasar tani sedia ada dengan nilai jualan RM200 juta tahun ini.
Sultan Ibrahim dijadual angkat sumpah Yang Di-Pertuan Agong ke-17 hari ini

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Sultan Johor Sultan Ibrahim dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini bagi tempoh lima tahun.