Ekonomi Malaysia dianggar tumbuh 3.4 peratus pada suku keempat 2023 – DOSM

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Ekonomi Malaysia dianggarkan tumbuh sebanyak 3.4 peratus pada suku keempat 2023, menunjukkan sedikit peningkatan daripada 3.3 peratus pada suku tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
JBPM Limbang rekod RM12 juta kerugian harta benda akibat kebakaran tahun lalu

LIMBANG, 31 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang merekodkan sebanyak RM12 juta nilai kerugian bagi harta benda yang musnah di bahagian ini akibat kebakaran sepanjang tahun lalu.
Sultan Ibrahim diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-17

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Malaysia hari ini menerima Ketua Utama Negara baharu selepas perisytiharan Sultan Johor Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara.
21 organisasi terima geran MRP Pujut berjumlah RM62 ribu

MIRI, 31 Jan: Sebanyak 21 organisasi terdiri daripada persatuan, masjid dan sekolah menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) membabitkan agihan keseluruhan RM62,000.
Sultan Ibrahim lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini.
Jabatan Imigresen selamatkan wanita Tanzania mangsa pemerdangan manusia

PUTRAJAYA, 31 Jan: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyelamatkan seorang wanita Tanzania berusia 25 tahun dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia, selepas menyerbu sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur, dua hari lepas.
Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Istiadat ketenteraan penuh tradisi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebaik tiba di Dataran Istana Negara hari ini.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang keputusan kadar faedah FED

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat pada Rabu susulan peserta pasaran kekal menentu mengenai impak jangkaan keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) berkaitan kadar faedah ke atas dolar.
Sultan Ibrahim tiba di ibu negara untuk lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Sultan Johor Sultan Ibrahim selamat tiba di ibu negara bagi menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.
19 maut, bas bertembung dengan trak di Mexico

CULIACÁN, 31 Jan: Seramai 19 orang maut manakala 22 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dengan trak di bandar Elota, barat laut Mexico, semalam.