Program Repatriasi Migran akan dilaksanakan bermula 1 Mac – Saifuddin

PUTRAJAYA, 31 Jan: Kerajaan akan melaksanakan Program Repatriasi Migran bermula 1 Mac ini bagi memudahkan penghantaran pulang warga asing yang tinggal di negara ini secara tidak sah dengan membayar kompaun, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
MPN zahir keyakinan terhadap keupayaan Sultan Ibrahim tangani cabaran ekonomi

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Majlis Profesor Negara (MPN) telah menzahirkan keyakinan terhadap keupayaan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim dalam menangani cabaran ekonomi Malaysia dengan berkesan.
Isu pengampunan Najib dibawa ke mesyuarat Kabinet – Fahmi

PUTRAJAYA, 31 Jan: Isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Penjawat awam di Miri terjerat ‘Love Scam’ rugi RM12,000

MIRI, 31 Jan: Seorang pejawat awam di sini mengalami kerugian RM 12,000 setelah terjerat dalam ‘Love Scam’ dengan wanita melalui Instagram.
Kerajaan tekad penuhi titah Sultan Ibrahim, capai status ekonomi berpendapatan tinggi

PUTRAJAYA, 31 Jan: Kerajaan Perpaduan bertekad memenuhi iltizam dan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk membawa Malaysia mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.
RBA pertingkat kekerapan penerbangan ke Sarawak mulai 5 April

KUCHING, 31 Jan: Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RBA) akan meningkatkan kekerapan penerbangannya dari negara itu ke laluan Kuching kepada empat kali seminggu mulai 5 April dengan beroperasi pada Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad.
265 aduan kucing, anjing diseksa tahun lepas

BUKIT MERTAJAM, 31 Jan: Sejumlah 265 laporan berhubung kes penganiayaan terhadap haiwan membabitkan anjing dan kucing di Pulau Pinang pada 2023.
KPT tawar 24,000 tempat pengajian diploma, sijil pada Hari Terbuka Putrajaya 2024

PUTRAJAYA, 31 Jan: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menawarkan 24,000 tempat bagi permohonan tawaran terus ke program Diploma dan Sijil di politeknik atau Kolej Komuniti terpilih Sesi II 2023/2024.
Sektor penerbangan melonjak 9.1 peratus dalam operasi udara – MAHB

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Sektor penerbangan Malaysia kekal kukuh pada trajektori pemulihan, dengan sejumlah 72 syarikat penerbangan beroperasi secara aktif dalam rangkaian lapangan terbang tempatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjelang hujung 2023, melonjak 9.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Fadillah merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim yang melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.