Ahmad Zulqarnain letak jawatan di PNB, dilantik sebagai CEO KWSP

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Ahmad Zulqarnain Onn akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 16 Feb 2024, dan akan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 19 Feb 2024.
693 daripada 1,069 sekolah daif telah dibaik pulih – Fadhlina

LABUAN, 26 Jan: Sebanyak 693 daripada 1,069 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak telah dibaik pulih, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Tumbuhka siti palan khas alai nyimpan keresa lama – Dr Neilson

SARATOK, 26 Jan: Siti palan khas endur ngempuruka keresa lama patut ditumbuhka ba nengeri tu dikena nyimpan keresa lama ari ke dipunas tauka ditempaya ngapa.
Tentera gagalkan cubaan seludup 1.7 tan daun ketum di sempadan negara

KUALA NERANG, 26 Jan: Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan satu kegiatan penyeludupan daun ketum selepas menahan sebuah kenderaan pikap bersama lebih 1.7 tan daun ketum di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di sini hari ini.
Sarawak MATTA Travel Fair 2024 dijangka meriah

KUCHING, 26 Jan: Pameran pelancongan Sarawak MATTA Travel Fair 2024 anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), akan kembali pada 8 hingga 10 Mac ini di The Hills, di sini.
NEM diteruskan tahun ini, kuota tambahan 100 MW untuk rakyat

PUTRAJAYA, 26 Jan: Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) diteruskan dengan tawaran kuota tambahan sebanyak 100 megawatt (MW) untuk NEM Rakyat dan 300 MW untuk NEM NOVA, sebagai insiatif pelaksanaan program Tenaga Bersih Bersepadu bagi tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Polis rampas dadah 25.7kg, tahan tiga lelaki

MIRI, 26 Jan: Tiga lelaki ditangkap dalam operasi rampasan dadah jenis syabu seberat 25.7 kilogram yang bernilai RM848,100 di sini.
Keputusan kajian skim saraan penjawat awam turut terpakai kepada ahli politik

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang keputusan yang dibuat hasil daripada kajian membabitkan skim saraan dalam kalangan penjawat awam turut terpakai kepada ahli-ahli politik di negara ini.
179,865 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah tahun lepas

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Sebanyak 179,865 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang 2023, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din.
Suri rumah rugi RM4 juta terpedaya pelaburan tidak wujud

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Suri rumah warga emas mengalami kerugian RM4 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan sehingga 380 peratus daripada jumlah pelaburan asal.