Buruh didakwa edar 528 kg dadah

KANGAR, 23 Jan: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 528 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dua minggu lepas.
Dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo mungkin pulang ke Malaysia menjelang akhir tahun

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Dua rakyat Malaysia yang mengaku bersubahat dalam insiden pengeboman di Bali, Indonesia dua dekad lalu mungkin kembali ke Malaysia sebelum akhir tahun ini di bawah rundingan bagi pengakuan bersalah yang dipersetujui minggu lepas.
Peniaga wanita rugi RM6.2 juta ditipu pelaburan emas di Facebook

IPOH, 23 Jan: Seorang peniaga wanita di Taman Rasi Jaya di sini berputih mata apabila wang lebih RM6.2 juta lesap selepas dipercayai ditipu pelaburan emas tidak wujud semalam.
Isteri Daim didakwa tidak isytihar harta

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
IPD Cheras terima 86,538 laporan sepanjang 2023

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima sebanyak 86, 538 laporan polis sepanjang tahun lepas berbanding 60,635 pada 2022.