Bakar kereta Ahli Parlimen Beruas, 11 saksi telah dipanggil

IPOH, 21 Jan: Polis telah merakam keterangan daripada 11 individu setakat hari ini berhubung kes membakar kereta milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di hadapan rumahnya di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar, Manjung dekat sini, 10 Januari lalu.