Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand

BANGKOK, 17 Jan: Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Menang emas tinju SUKSAR, Cherilynn mahu teruskan tumbukan padu pada SUKMA

SIBU, 17 Jan: Kejayaan meraih pingat emas acara tinju wanita pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023 ternyata memberi suntikan motivasi luar biasa kepada Cherilynn Chan.
Ringgit susut berbanding dolar AS seiring prestasi mata wang serantau

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang juga hari ketiga berturut-turut selain seiring dengan prestasi mata wang serantau.
Sarawak perkukuh kerjasama antarabangsa, mahu jadi pemain penting industri minyak, gas – Abang Johari

KUCHING,17 Jan: Sarawak berhasrat menjadi pemain utama bagi industri minyak dan gas dengan mengambil kira perkembangan terkini global yang beralih kepada bahan bakar mesra alam.
Abang Johari tidak tolak kemungkinan Sarawak ambil alih sebuah bank perdagangan

KUCHING, 17 Jan: Kerajaan Sarawak tidak menolak kemungkinan untuk mengambil alih sebuah bank perdagangan di Malaysia menjadi sebuah entiti yang ditadbirnya.
Kilat Boy bantu persiapan atlet tinju Sarawak hadapi SUKMA 2024

SIBU, 17 Jan: Petinju sensasi Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong yakin pentas Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023 yang berlangsung di sini mampu memberi pendedahan terbaik kepada atlet muda Bumi Kenyalang.
Ambil tindakan terhadap pembeli komponen infrastruktur utiliti yang dicuri – Julaihi

KUCHING, 17 Jan: Tindakan tegas perlu diambil untuk menangani pembeli barangan atau komponen infrastruktur utiliti yang dicuri, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi.
Projek ubah suai Limbungan Brooke capai 86 peratus, dijangka siap hujung tahun ini

KUCHING, 17 Jan: Kerja-kerja pengubahsuaian Limbungan Brooke di tebing Sungai Sarawak menjadi Muzium Maritim Brooke Dockyard mencapai kemajuan 86 peratus dan dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.
220 kawasan di seluruh negara dikesan jadi penempatan PATI – KP Imigresen

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Sebanyak 220 kawasan di seluruh negara dikesan dijadikan penempatan pendatang tanpa izin, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.
Kayuhan Afif Darwysh sumbang tiga emas kepada Zon Tengah

SIBU, 17 Jan: Kayuhan bertenaga dipamerkan Arif Darwysh Mohamad Nazir dalam acara ujian masa perseorangan berjaya membutirkan pingat emas kepada Zon Tengah pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023 di sini.