PM Anwar, PM Lee saksi detik bersejarah RTS Link “disambungkan” antara Malaysia, Singapura

JOHOR BAHRU, 11 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong hari ini menyaksikan detik bersejarah Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) secara simboliknya “disambungkan” antara Malaysia dan Singapura.
Sudah 7 tahun, kehadiran Tok Nan tetap bersama kita – Dr Sim

KUCHING, 11 Jan: Setiap tahun sejak 2017 tanggal 11 Januari pasti menjentik perasaan hiba rakyat Sarawak berikutan pada tarikh keramat itu, Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem telah menghembuskan nafas terakhir.
Mangsa banjir di Johor, Pahang meningkat pagi ini – NADMA

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang kembali meningkat pagi ini kepada 9,146 orang yang berlindung di 76 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 8,586 orang malam tadi.
Jepun datang dengan reputasi gah dalam misi rangkul Piala Asia kelima

DOHA, 11 Jan: Juara empat kali Jepun berada pada landasan tepat untuk memahat sejarah dan mengubati duka lima tahun lepas pada kempen Piala Asia 2023 di bumi juara bertahan, Qatar yang bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak global bermula esok hingga 10 Feb ini di sini.
Kadar pengangguran Malaysia kembali ke paras prapandemik pada Nov 2023

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Kadar pengangguran di Malaysia pada November 2023 telah kembali pada paras prapandemik iaitu 3.3 peratus dengan 569,200 penganggur, berbanding 3.4 peratus dicatatkan pada Oktober, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).