Kereta Ahli Parlimen Beruas hangus dibaling molotov cocktail

IPOH, 10 Jan: Sebuah kereta milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham hangus terbakar disyaki selepas dibaling dengan molotov cocktail di kawasan rumahnya di Ayer Tawar, Manjung dekat sini awal pagi tadi.
Kanak-kanak maut, bapa saudara parah motosikal langgar lori ‘lalok’

LANGKAWI, 10 Jan: Seorang kanak-kanak terkorban manakala bapa saudaranya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka melanggar sebuah lori di Jalan Chandekura di sini semalam.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 insentif caruman tambahan kerajaan

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahlinya yang berusia 40 tahun hingga bawah 55 tahun.
Kebakaran rumah kedai Kota Sentosa, JKM salur bantuan bencana, psikologi kepada mangsa – Fatimah

KUCHING, Jan 10: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak akan menyalurkan bantuan bencana kepada keluarga insiden kebakaran semalam yang meragut nyawa seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) berusia 12 tahun di Kota Sentosa, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.
Indonesia gantung sementara operasi pesawat Boeing 737 MAX 9

JAKARTA, 10 Jan: Kementerian Pengangkutan Indonesia (Kemenhub) menggantung sementara operasi pesawat Boeing 737-MAX 9 di ruang udara domestik negara ini.
Kerajaan tidak akan sewenang -wenangnya wajibkan Dasar Gaji Progresif – Rafizi

KUALA SELANGOR, 10 Jan: Kerajaan tidak akan semenang-wenangnya mewajibkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, sebaliknya akan mengambil kira kemampuan majikan dan keadaan semasa ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Pemain boling Sarawak bakal terbang ke Peru, buru impian bergelar juara remaja dunia

KUCHING, 10 Jan: Pemain boling remaja kebangsaan, Nur Hazirah Ramli berazam untuk mencipta kejutan pada penampilan pertamanya di Piala Dunia Remaja International Bowling Federation (IBF) di Lima, Peru, bermula 19 Januari ini.
KUSKOP sedia RM134.6 juta untuk perkasa PMKS tahun ini

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM134.6 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif dan program memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tahun ini.
Myvi dipandu lelaki Switzerland rempuh stesen minyak

IPOH, 10 Jan: Sebuah Perodua Myvi merempuh cermin sebuah stesen minyak di Taman Canning di sini hari ini, gara-gara pemandunya seorang lelaki warga Switzerland dikatakan mengalami kekejangan kaki semasa hendak mengisi minyak.
28 kereta terbakar dalam insiden kebakaran bengkel di Sri Aman

KUCHING, 10 Jan: Sebanyak 28 buah kenderaan terbakar dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Brayun, Taman Tiara, Sri Aman malam tadi.