Tengkujuh: Jejaskan bekalan ikan laut, harga meningkat

SERIAN, 9 Jan: Musim tengkujuh ketika ini telah menjejaskan bekalan ikan dari laut di sekitar Serian.
Perdagangan karbon, singkap potensi Kuala Rajang

SARIKEI, 9 Jan: Kerajaan meluluskan permit kajian karbon kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIKR) dalam usaha memperkasakan potensi kawasan itu dalam industri perdagangan karbon di wilayah tengah Sarawak.
Pengambilalihan Pelabuhan Bintulu pacu ekonomi Sarawak

KUCHING, 9 Jan: Penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak, sekali gus menambah pendapatan negeri, kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dato Dr Jeniri Amir.
590,000 pengguna sedia hadapi gangguan bekalan air selama 96 jam di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 9 Jan: Pulau Pinang bersedia menghadapi masalah bekalan air di kebanyakan kawasan di seluruh negeri selama empat hari atau 96 jam bermula jam 6 pagi esok.
Penyerahan Pelabuhan Bintulu jadi sumber pendapatan baharu Sarawak

KUCHING, 9 Jan: Penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak pada Jun ini berpotensi menjadi sumber pendapatan baharu kepada wilayah ini.
Lebih sejuta mendaftar dengan PADU – Rafizi

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Lebih sejuta individu telah mendaftar dengan Pangkalan Data Utama (PADU) setakat pagi ini pada hari kelapan sistem itu dilancar dan dibuka kepada orang ramai.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Bursa Malaysia dibuka meningkat dalam dagangan awal Selasa, seiring prestasi semalaman Wall Street ketika aktiviti memburu saham-saham berharga rendah kembali rancak selepas tempoh mencabar pada minggu lepas.
Malaysia ikat Syria 2-2

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Skuad Harimau Malaya mencatatkan keputusan meyakinkan menjelang kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar apabila mengikat Syria 2-2 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi waktu Malaysia.
Langkah Dubai: Polis terima lapan laporan

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Polis Diraja Malaysia menerima lapan laporan daripada wakil parti politik berhubung gerakan “Langkah Dubai” yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia sambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Madrid terhadap Stampa

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Madrid yang mendapati penimbang tara ‘tidak beretika’ Dr Gonzalo Stampa bersalah menghina mahkamah serta dihukum penjara enam bulan dan menyifatkannya sebagai kejayaan penting prinsip kedaulatan undang-undang.