Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 6,564 orang

JOHOR BAHRU, 8 Jan: Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 6,564 orang daripada 1,819 keluarga yang ditempatkan di 51 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah setakat 8 pagi ini berbanding 3,322 orang yang direkodkan pada 8 malam tadi.