Mayat wanita tanpa kepala, tangan dan kaki ditemukan

ALOR GAJAH, 6 Jan: Mayat wanita tanpa kepala serta kedua-dua tangan dan kaki ditemukan dalam tong sampah di dalam longkang di jalan besar Alor Gajah Tampin di Kampung Rimau, Pulau Senang di sini pada 31 Dis lepas.
大火烧毁9木屋致44人失家园 华总募集物资送暖

甘榜民达华溪礼第8巷一场严重火灾导致9间住家被毁,44人面临无家可归的困境。华总救灾团队迅速行动,发动团员收集急需物资,展现了团队的团结,为灾黎送上温暖。
Gempa bumi Jepun: Angka kematian meningkat kepada 100, 211 hilang

TOKYO, 6 Jan: Angka kematian meningkat kepada 100 orang di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi mencecah 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu, lapor Xinhua.
Saya belum bersara dari dunia bola sepak – Joseph Kalang

KUCHING, 6 JAN: “Saya belum lagi bersara dari dunia bola sepak,” tegas pemain bola sepak legenda Sarawak, Joseph Kalang Tie meskipun ramai rakan seangkatannya mengambil keputusan untuk menggantung kasut.
126 keluarga tambahan dari Seberang Hilir pindah ke Perumahan Sungai Bedaun April ini – Premier Sarawak

KUCHING, 6 Jan: Seramai 126 keluarga tambahan dari perkampungan Seberang Hilir di sini akan berpindah ke Perumahan Sungai Bedaun menjelang April depan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kerajaan Sarawak bantu TCS disenarai semula pembiayaan pendidikan MARA

KUCHING, 6 Jan: Kerajaan Sarawak akan membantu Technology College Sarawak (TCS) untuk disenaraikan semula dalam senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang layak menerima pembiayaan pendidikan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Gelombang keempat MTL: Penduduk, agensi diminta siap siaga, patuhi SOP – TPM Ahmad Zahid

CAMERON HIGHLANDS, 6 Jan: Agensi terlibat termasuk penduduk di selatan tanah air diminta berjaga-jaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), bagi menghadapi gelombang keempat monsun timur laut (MTL) yang kini beralih ke kawasan selatan.
Tindakan tegas pada peneroka tanah kerajaan, jual lot kepada orang ramai – Abang Johari

KUCHING, 6 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan kepada segelintir pihak mahupun individu yang menjual tanah kerajaan kepada rakyat.
Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat dijangka diperluas seluruh Parlimen – Fahmi

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat, yang menawarkan harga barangan basah dan kering pada harga lebih murah berbanding harga pasaran, dijangka akan diperluaskan bagi memenuhi permintaan, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Peraturan wajibkan syarikat swasta bina 30 peratus rumah kos rendah akan dipinda – Abang Johari

KUCHING, 6 Jan: Kerajaan Sarawak bercadang untuk meminda peraturan yang mewajibkan pemaju projek perumahan swasta untuk membina 30 peratus rumah kos rendah dalam setiap projek mereka dengan menggantikan kaedah itu dengan bayaran yang setara dengan nilai peratusan berkenaan.