Perancis tuntut gencatan senjata berpanjangan di Gaza – Macron

PARIS, 28 Dis: Presiden Perancis Emmanuel Macron menuntut untuk gencatan senjata berpanjangan di Gaza dalam satu panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Rabu susulan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan.
PTPTN terima RM90.42 juta daripada Sarawak bagi insentif bayaran balik pinjaman

KUCHING, 28 Dis: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima bayaran berjumlah RM90.42 juta daripada kerajaan Sarawak setakat ini, untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutang peminjam PTPTN dalam kalangan anak negeri itu.
Orang awam jumpa bom lama sebesar tong gas di Gemas

TAMPIN, 28 Dis: Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan sebutir objek menyerupai bom lama di ladang Jelai, Gemas pada Selasa.
Remaja lelaki 14 tahun tembak kakak disebabkan tidak puas hati dengan hadiah Krismas

NEW YORK, 28 Dis: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang menembak mati kakaknya ditembak pula oleh abangnya yang berusia 15 tahun dalam kejadian pada malam Krismas di Florida, menurut pihak berkuasa pada Selasa.
Permaisuri zahir penghargaan kepada Jabatan Penjara hidupkan kembali Tenun Pahang Diraja

PUTRAJAYA, 28 Dis: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah malam tadi menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana menghidupkan kembali Tenun Pahang Diraja yang dianggap ‘kritikal’ pada suatu masa dahulu.