Pengawal keselamatan disiasat tidak sengaja lepaskan tembakan di institusi kewangan

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Tindakan seorang pengawal keselamatan yang secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan ke arah lantai di sebuah institusi kewangan di Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, Petaling Jaya semalam menyebabkan cermin di bahagian pintu masuk di situ pecah.