Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP – MITI

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menghadapi cabaran untuk meningkatkan kadar penggunaan atau pemanfaatan Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) oleh syarikat tempatan walaupun telah dikuatkuasakan sejak 2022.