Polis ambil sampel di rumah keluarga Zayn Rayyan

PETALING JAYA, 10 Dis: Pasukan Unit Forensik Kontinjen Selangor hadir di kediaman kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, untuk mengambil sampel bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.
Kadar pengangguran disasar turun hingga tiga peratus tahun hadapan

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan kadar pengangguran menurun kepada tiga peratus tahun hadapan, berbanding 3.4 peratus yang dicatatkan pada tahun ini.
Hujan diramal berlaku di Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak hingga Khamis ini

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan timur Semenanjung dan barat Sarawak sehingga Khamis ini, yang boleh meningkatkan kelembapan dan berpotensi membawa hujan di kawasan pesisiran pantai Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi.
SABK di Kuching bakal beroperasi pada 2025

KUCHING, 10 Dis: Bangunan baharu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dijangka dapat digunakan pada 2025 bagi memenuhi bilangan pelajar Islam yang semakin bertambah.
Dua lelaki miliki 23 rekod jenayah ditahan cederakan anggota polis

KOTA BHARU, 10 Dis: Seorang anggota polis retak pergelangan tangan kanan selepas terjatuh akibat ditendang dua suspek kes dadah di Kampung Pangkal Pisang, Melor, di sini semalam.
144 pelajar di Kuala Rajang terima sumbangan Yayasan Sarawak

TANJUNG MANIS, 10 Dis: Seramai 144 pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang menerima sumbangan baucar pakain seragam sekolah oleh Yayasan Sarawak.
Cubaan ‘tebuk atap’ akan gagal, Kerajaan Perpaduan ada bumbung konkrit – Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata percubaan terdesak pembangkang untuk langkah ‘tebuk atap’ tidak akan berjaya kerana Kerajaan Perpaduan yang diterajui 18 parti komponen mempunyai ‘bumbung yang konkrit’.
Konsep MADANI inklusif rentasi kaum, agama – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata konsep MADANI yang diperkenal oleh Kerajaan Perpaduan adalah inklusif serta meliputi kepentingan pelbagai kaum, agama dan wilayah di negara ini.
Filem bertema budaya seperti Sumpahan Jerunei perlu diperbanyakkan

KUCHING, 10 Dis: Filem bertemakan budaya pelbagai kaum di Sarawak dan Malaysia perlu diperbanyakkan, kata ahli akademik.
Pelan induk atasi masalah kepadatan penduduk di Satok

KUCHING, 10 Dis: Pelan Induk Pembangunan Kampung Kudei Baru akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah kepadatan penduduk di Satok.