KM Nusa berjaya harungi pelayaran solo dari Terengganu ke Langkawi

LANGKAWI, 3 Dis: Aset kapal ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kapal Maritim (KM) Nusa berjaya mengharungi perjalanan sejauh 750 batu nautika secara solo dari Kuala Terengganu, Terengganu ke Pulau Langawi bagi menyertai Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023 semalam.