Agong berkenan luang masa bertemu pemimpin negara asing di COP28

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meluangkan masa bertemu pemimpin-pemimpin negara asing ketika berangkat menghadiri Persidangan Pihak-Pihak ke-28 (COP28) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Dubai.
MCMC sediakan kerangka mudahkan daftar, kawal selia media sosial – Fahmi

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam tempoh sebulan akan menyediakan satu kerangka bagi membolehkan semua penyedia platform media sosial berdaftar dengan agensi itu serta memudahkan pengawalseliaan platform berkenaan di negara ini.
Anggota polis antara 4 dituduh culik wartawan Bangladesh

SERDANG, 2 Dis: Seorang anggota polis dan tiga orang awam yang disyaki menculik seorang wartawan warga Bangladesh telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 22 Nov lepas.
Perpaduan penjawat awam, peranan utama Sarawak maju menjelang 2030

SRI AMAN, 2 Dis: Semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan penjawat awam menjadi peranan utama dalam usaha membangunkan Sarawak.
PRK Kemaman: Siapa pilihan pengundi ditentukan hari ini

KUALA TERENGGANU, 2 Dis: Seramai 141,043 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, hari ini.
Semua ‘distribution pipe’ di seluruh Sarawak ditukar tahun 2024 – Julaihi

KUCHING, 2 Dis: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan bagi projek menukar serta menambah baik semua paip agihan (distribution pipe) yang sudah uzur namun ia masih digunakan dalam sistem bekalan air di seluruh Sarawak.
OUCCI digesa teroka peluang perniagaan baharu, lestarikan tenaga hijau

KUCHING, 2 Dis: Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI) digesa untuk meneroka peluang perniagaan baharu di samping bekerjasama dengan pelbagai industri serta sektor tempatan termasuk melestarikan tenaga hijau.
LAK sasar tingkat kapasiti liter air sehari (mld) penuhi bekalan di pedalaman

KUCHING, 2 Dis: Lembaga Air Kuching (LAK) mensasarkan untuk peningkatan kapasiti liter air sehari (mld) dalam usaha membantu untuk memenuhi keperluan bekalan air di beberapa kawasan pedalaman di sekitar Bandaraya ini.