Kerajaan dalam proses pengambilan tanah bagi naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang merancang untuk melaksanakan proses pengambilan tanah milik Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bagi membolehkan projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dilakukan.