Kerja di tapak pembinaan gudang diarah henti serta-merta

GEORGE TOWN, 29 Nov: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengeluarkan arahan bagi menghentikan serta merta kerja di tapak projek pembinaan gudang logistik di Bayan Lepas di sini yang runtuh sehingga meragut tiga nyawa pekerja semalam.

DUN: Jepun pengimport utama produk perkayuan Sarawak

KUCHING, 29 Nov: Walaupun berlakunya penurunan nilai eksport produk perkayuan sebanyak 23 peratus kepada RM2.3 bilion sehingga tempoh suku ketiga 2023, Jepun masih merupakan pengimport utama bagi produk perkayuan khususnya papan lapis.

Ops SAR lelaki hilang di Batang Paloh ditangguhkan

TANJUNG MANIS, 29 Nov: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang masih hilang di Batang Paloh ditangguhkan semalam, selepas tiada sebarang penunjuk positif sepanjang operasi itu dijalankan sejak tujuh hari lalu.

Gala Eco-Fashion Sarawak diadakan di Kuching 2-3 Disember ini

KUCHING, 29 Nov: Pertubuhan Penggiat Kesenian dan Kraftangan Sarawak (Society Atelier Sarawak) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bakal menganjurkan acara Gala Eco-Fashion Sarawak di Dewan Sri Bunga Rampai pada 2 hingga 3 Disember depan.