KPM pertingkat keselamatan di sekolah susulan ancaman bom palsu

GEORGE TOWN, 25 Nov: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan mempertingkatkan keselamatan di semua institusi dan sekolah di bawah kementerian itu susulan laporan ancaman bom palsu yang diterima di beberapa buah sekolah seluruh negara.
SCaT FAIR turut fokus program TVET dan STEM

KUCHING, 25 Nov: Penganjuran Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT FAIR) 2023 kini tidak lagi tertumpu kepada kerjaya dan pameran pendidikan khusus kepada lepasan pelajar dan graduan sebaliknya kini menumpukan kepada program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) sebagai program sampingan.
Cadang jadikan rumah ibadat sebagai pusat mengumpul minyak masak terpakai – Fadillah

KUCHING, 25 Nov: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bersama Petronas mencadangkan pusat-pusat ibadat seperti surau, masjid dan rumah ibadat lain sebagai tempat bagi melaksanakan inisiatif mengumpul minyak masak terpakai di negara ini.
Jadikan usaha BMW Motorrad bantu pelajar luar bandar sebagai contoh

ASAJAYA, 25 Nov: Usaha yang dilakukan oleh kelab BMW Motorrad Malaysia dalam membantu murid-murid khusus di sekolah luar bandar perlu dicontohi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain di negara ini.
TEGAS bangunkan hotel digital nomad pertama di Borneo, mudahkan penyelidik, pelajar

KUCHING, 25 Nov: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) akan membangunkan sebuah hotel digital nomad iaitu ‘TEGAS Digital Co-Living Lodge’ yang menelan kos sebanyak RM71 juta.
Liga Super: Ketiadaan tonggak pertahanan utama punca Terengganu tewas

KUALA NERUS, 25 Nov: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menyifatkan ketiadaan empat tonggak pertahanan utama menjadi punca Terengganu FC (TFC) tewas 0-4 di tangan Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi.
Fakulti AI UTM bakal jadi pelopor pertumbuhan AI di Malaysia – Azlinda

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) yang dicadangkan penubuhannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan merintis pertumbuhan kecerdasan buatan di Malaysia, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Dr Azlinda Azman.
Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia beroperasi 1 Disember – MIDA

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia atau Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC) akan mula beroperasi pada 1 Disember ini.
Bala kaunselor PBT bela nyukung penuh perambu elaun ditambah

KUCHING, 25 Nov: Perambu Perintah Sarawak ti deka nambahka elaun ninting bulan raban kaunselor ke nyadi kaban ba Opis Perintah Lokal (PBT) nerima timbal ke chukup manah beduduk ari pangku pengawa raban nya ke majak berat.
TVS cemerlang, rangkul 13 Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2023

MIRI, 25 Nov: TVS berjaya merangkul 10 anugerah bagi kategori umum Anugerah Penyiaran Televisyen dan Video serta tiga anugerah untuk kategori umum di Portal Berita dan Cetakan di Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2023 Edisi Ke-35 malam tadi.