Parlimen: MITI main peranan perkukuh kerjasama antarabangsa – Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memainkan peranan penting mengukuhkan kerjasama antarabangsa, meskipun berdepan kebimbangan susulan ketegasan Malaysia terhadap Palestin di Persidangan Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.