PDRM akan panggil Mohammad Agus sekali lagi ambil keterangan – KPN

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil sekali lagi bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff untuk dirakam keterangan, susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular sejak petang semalam, telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.