Malaysia akui kejayaan resolusi UNSC babitkan konflik Palestin-Israel

PUTRAJAYA, 17 Nov: Malaysia mengakui kemajuan yang dicapai oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam menerima pakai Resolusi 2712 (2023) mengenai konflik Palestin-Israel pada 15 Nov.
PM Anwar suarakan krisis Gaza pada dialog APEC, kejutkan pemimpin ekonomi anggota

SAN FRANCISCO, 17 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat Israel yang tidak henti-henti.
Pesta Regatta Telaga Air 2023 pada 1-3 Dis depan

KUCHING, 17 Nov: Pesta Regatta Telaga Air 2023 bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Disember depan di Pesta Regatta Telaga Air 2023 di Esplanade Telaga Air di sini.
Kerajaan Sarawak, Khazanah Nasional, MOT bincang proses ambil alih MASWings – Hasbi

KUCHING, 17 Nov: Perbincangan berhubung pengambilalihan syarikat penerbangan MASWings masih dijalankan antara Khazanah Nasional, Kerajaan Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), kata Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah.
Tangkap ikan tanpa permit, tiga bot ditahan Maritim

KUCHING, 17 Nov: Tiga bot nelayan Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa permit yang sah di perairan perikanan Malaysia sekitar 6.05 pagi, Selasa lalu.
Kerajaan Persekutuan cadang susbsidi tiket penerbangan siswa tahun hadapan – Hasbi

KUCHING, 17 Nov: Kerajaan Persekutuan bercadang untuk memberi subsidi penerbangan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi tahun hadapan.
Ulama dari Indonesia dan Singapura serikan Maulid Akbar Sarawak 1.0

KUCHING, 17 Nov: Maulid Akbar Sarawak 1.0 buat julung kalinya diadakan di Kuching bakal dihadiri ulama dari Indonesia, Al Habib Achmad Jamal Thoha Baagil dan dari Singapura, Shaykh Imran Angullia Al-Hafiz pada Ahad ini.
1,020 permohonan semakan Akta Hukuman Mati selesai difailkan – Ramkarpal

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Jabatan Penjara Malaysia telah selesai memfailkan kesemua 1,020 permohonan semakan semula di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847] .
Jawatan Ketua Pengarah JKOM akan diisi secepat mungkin – Fahmi

SAN FRANCISCO, 17 Nov: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan diisi secepat mungkin susulan peletakan jawatan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Maybank unjur meneruskan momentum pertumbuhan

KUCHING, 17 Nov: Malayan Banking Bhd (Maybank) mengunjurkan pertumbuhan syarikatnya meskipun suasana ekonomi kini yang mencabar.